Wednesday, January 27, 2010

SIAKAP KUKUS ALA THAI




Ikan siakap ni hasil tangkapan abang lepas memancing dengan Ijad minggu lepas. Ekor dah dimasak, masih tinggal kepala. Sebab nak masak yang senang-senang ajer, Yana terasa cam kukus jer ikan siakap ni, cuma lain sikit la style kukus harini sebab da selalu sangat buat yang simple steam tuh. Sebelum masak, korek idea dari internet dulu la.....

Sumber Asal:Mesra.net

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap

Bahan-Bahan Sos Thai:
1btg serai
Bawang putih
Bawah besar
Cili padi
Daun sup
1 cawan sos cili thai

Cara2:
1.Campurkan semua bahan sos sehingga sebati.
2.Lumurkan pada ikan siakap.
3.Bungkuskan ikan kedalam aluminium foil.
4.Masukkan kedalam pengukus dan kukus selama 20-30 minit.

Cadangan Hidangan:
Hidang bersama nasi untuk makan malam atau tenghari

Tambahan:
Garam biasanya tidak perlu di gunakan kerana sos cili biasanya sudah masin.

No comments:

Post a Comment