Wednesday, January 27, 2010

KACANG PANJANG & UDANG



Lepas masak ikan siakap tu, saya gandingkan dengan sayur kacang panjang digoreng simple sahaja. Cuma Yana tambahkan udang supaya nampak menarik sikit dan taklah nampak simple sangatkan. Selamat mencuba

Bahan-Bahan:-
15batang kacang panjang
1ulas bawang besar-dimayang
2ulas bawang putih-dimayang
1batang cili merah
10ekor udang sederhana dibuang kulit
1sudu kecil sos tiram
Sedikit garam dan ajinomoto

Cara-Cara:-
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili merah.
2. Masukkan sos tiram, garam dan ajinomoto.
3. Masukkan udang dan goreng untuk beberapa ketika.
4. Masukkan sayur dan tambahkan sedikit air, tunggu sehingga sayur masak.
5. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment