Sunday, January 31, 2010
SAMBAL SARDIN & PAK CHOY
SAMBAL SARDIN
Bahan-bahan:-
1tin sardin cap MARINA
1biji bawang besar
2biji bawang putih
10tangkai cili kering
3tangkai cili padi
1/2inci halia
Garam dan serbuk perasa
Cara-cara:-
1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, cili padi dan halia.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar hingga naik bau.
3. Bila dah agak-agak garing, tunagkan sardin kedalam kuali.
4. Tambah garam dan serbuk perasa.
PAK CHOY & TAUFU
Bahan-bahan:-
2ikat pak choy
4batang tauhu lembut
1biji bawang besar (dimayang)
1biji bawang putih (dimayang)
1sudu sos tiram
Garam dan serbuk perasa
Cara-cara:-
1. Potong setiap batang tauhu lembut kepada 5bahagian
2. Goreng tauhu dalam minyak panas untuk beberapa minit, sehingga warna kulitnya menjadi sedikit coklat.
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan garam, perasa dan sos tiram.
4. Masukkan sayur pak choy dan tambahkan sedikit sahaja air untuk menumis.
5. Setelah sayur layu, campurkan tauhu lembut kedalam sayur. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
TELUR ITIK & SAYUR BENDI
Bahan-bahan:-
1peket santan kelapa + 1cawan air
2ulas bawang merah
3ulas bawang putih
12 biji cili padi
1keping asam keping
1batang serai (dititik)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
4biji telur itik
Cara-cara:-
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi.
2. Panaskan minyak dan tumiskan serai kemudian masukkan bahan yang telah dikisar.
3. Campurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau.
4. Bila santan dah mendidih, pecahkan telur itik satu persatu.
5. Kacau untuk beberapa ketika hingga masak dan siap utk dihidangkan.
SAYUR BENDI
Bahan-bahan:-
10biji bendi dipotong serong
6ketul seafood stick dipotong serong
3biji cili merah
2ulas bawang putih
1biji bawang besar
6ekor ikan bilis sederhana
1biji tomato (dibelah 6)
Garam dan serbuk perasa
Cara-cara:-
1.Kisar bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili merah.
2.Seafood stick dipotong kecil-kecil/serong dan goreng sehingga agak-agak masak. Angkat dan ketepikan.
3.Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis untuk beberapa ketika. Masukkan bendi, seafood stick dan tomato. Campurkan sedikit air untuk hilangkan lendir bendi.
4.Tunggu hingga kuah agak-agak kering/menyerap.
5.Siap untuk dihidangkan dan selamat mencuba.
SAYUR LEMAK TAUGEH & SAMBAL AYAM
Aleya paling suke makan sayur lemak, papa pulak paling suka masakan bersambal.....2-2 ni bagi Yana memang sesuaila kalau dipadankan untuk jadi hidangan....hehehe...so, lauk untuk arini iyelah.sayur lemak taugeh dicampurkan sikit dengan sawi. Yana kalau masak suke kalau ade variasi warna...yela, taugeh ngan kuah lemak tu kan kalernyer da putih, kalau camporkan ngan sawi ader la warna2 hijau sikit gitu....
Bahan-Bahan:-
Taugeh
Sawi
1/2 bawang besar(dimayang)
1 ulas bawang putih(dimayang)
1/2 paket santan
Garam & Perasa
Cara-cara:-
1. Bancuh santan dengan air.
2.Masukkan ke dalam periuk.
3.Masukkan bawang putih dan bawang besar.
4.Bila dah mendidih masukkan taugeh dan sawi. Masukkan garam dan perasa.
5.Bila taugeh dah layu, tutup api. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba
SAMBAL AYAM
Bahan-bahan:-
1/2ekor ayam - dipotong ikut suka
5biji bawang merah
3ulas bawang putih
1/2inci halia
1batang serai
2biji buah keras
1/2inci kunyit hidup
10-15 tangkai cili kering (dididih bersama air dahulu)
1keping asam keping
Garam dan serbuk perasa
3sudu sos tiram
Minyak masak
Cara-cara:-
1.Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan buah keras.
2.Panaskan minyak dalam kuali, pastikan minyak betul-betul panas, kemudian gorengkan ayam yang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
3.Tumis bahan2 kisar. Tumis hingga pecah minyak. Biar mendidih.
4.Masukkan sos tiram, garam dan serbuk perasa.
5.Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Dah cukup rasa, boleh padamkan api.
6.Sedia dihidangkan...! Selamat mencuba!
Thursday, January 28, 2010
TELUR BISTIK
sesakali sekala tu memang selera ni macam nk makan kat kedai, tp masalahnyer kalau anak kecik2 ni susah tol kalau nk pergi kedai. bukan aper, teringin sangat nk makan telur bistik, jadinyer kenalah belajar wat sendiri. So, sebelom start masak, kene la korek resepi dari internet dulu...hehehe...macam biase la...so, inilah hasilnya yerk. tp oleh kerana terbanyak sgt kuah tu, da tak nampak da telur nyer kat ner....hehehehe
Sumber:-wafaalatiff
Bahan-bahan:-
3biji telur (size sederhana) - bancuh
Daging/Ayam cincang secukupnya
1ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih - tumbuk/mayang halus
3sudu sos tomato
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1/2 biji tomato - potong dadu kecil-kecil
Mixed vege (jika tiada, boleh ganti dgn bunga kobis, carrot, apa2 yang sesuai)
Gula dan garam
Cara-cara:-
1.Bancuh telur dengan daging/ayam kisar dan tomato yang dipotong dadu. Tambah perasa dengan sedikit garam/gula. Goreng macam telur dadar.
2.Untuk kuah, tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3.Masukkan semua bahan sos dan sayur. Perasakan dengan bahan perasa (gula, garam)
4.Tuangkan kuah di atas telur yang digoreng tadi. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba.
KAILAN IKAN MASIN
kalau bab masak taruk ikan masin ni mmg peberet orang2 kat umah ni la....kali ni pon masak sayur yang sangat senang....
Bahan-Bahan:
600gm kailan
3ulas bawang merah(dimayang)
3ulas bawang putih(dimayang)
Sepotong isi ikan kurau masin (digoreng & dipotong kecil)
3sudu besar sos tiram
Garam
Serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
1.Potong kailan mengikut cita rasa dan bersihkan.
2.Panaskan dua sudu besar minyak dan tumiskan bawang sehingga garing.
3.Masukkan isi ikan kurau.
4.Akhir sekali masukkan sayur kailan dan biarkan sehingga ia masak.
5.Hidangkan semasa panas...selamat mencuba
PARK CHOY + CENDAWAN
kalau masak sayur ni memang la senang sangat. Korek je bahan ape yang ader kat dalam peti sejuk tu, pastu goreng, pastu makan....hehehehe
Bahan-bahan:-
3ikat baby park choy
1peket cendawan tiram
1ulas bawang besar-dimayang
2ulas bawang putih-dimayang
1sudu Sos tiram
Sedikit air
Garam & ajinomoto secukup rasa
Cara-Cara:-
1.Tumiskan bawang merah dan bawang putih bersama minyak panas.
2.Tuangkan sos tiram, campurkan garam dan ajinomoto.
3.Masukkan sayur dan cendawan. Tuangkan sedikit air untuk mendapat kuah. Tunggu hingga mendidih.
4.Siap untuk dihidangkan dan selamat mencuba.
Wednesday, January 27, 2010
UDANG SWEAT & SOUR
Bahan-bahan:-
500gram udang (dibuang kulit)
15batang Cili merah
2ulas bawang putih - diketuk
Cili Capsicum
3sudu Cili Boh
1sudu sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:-
1.Kisar cili merah hingga lumat.
2.Tumis bawang putih ketuk kedalam minyak masak. Masukkan cili kisar.Tumis hingga terbit minyak.
3.Masukkan udang dan gaul. Tunggu sehingga masak.
4.Masukkan capsicum, sos tiram, garam dan gula.
5.Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba
MEE GORENG
harini tinggal kami anak beranak dengan pembantu rumah jerk. Abang kursus ke Terengganu untuk 2hari ni. Oleh sebab tu, inilah peluang untuk memalaskan diri bile maharaja tiada dirumah....hehehehe...
Bahan-bahan:-
1bungkus mee kuning (dibasuh)
200gm udang sederhana (buang kepala)
300gm ayam (dicincang kiub)
3sudu besar cili boh
2ulas bawah putih (diketuk)
2biji telur
10biji bebola ikan
3sudu kicap mee (atau kicap pekat)
3sudu sos cili (tomato pon boleh)
Seikat sawi
3sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:-
1.Panaskan minyak didalam kuali.
2.Goreng ayam seketika (sehingga agak-agak empuk), angkat dan tepikan.
3.Teruskan dengan masukkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau.
4.Masukkan cili boh, tumis sehingga naik minyak.
5.Masukkan bebola ikan dan ayam yang telah digoreng tadi.
6.Masukkan kicap, sos dan masukkan mee kuning lalu digaul rata.
7.Pecahkan telur, masukkan sawi, sebatikan rasa dengan garam dan gula.
8.Siap untuk diangkat dan dimakan. Selamat mencuba
SUP AYAM
kadang-kadang kalau kita masak yang simple2 lagi berselara dari kita bersusah payah masak yang rumit2....hehehehe....itu alasan biasa kalau dah MALAS...harini yana masak sup ayam. Style kami, kalau makan sup mesti kena ade sambal kicap tau.
Bahan-bahan:-
1ekor ayam (dipotong kecil)
2sudu serbuk sup ayam
Garam & ajinomoto secukup rasa
2kuntum bunga lawang
5cm kulit kayu manis
3kuntum bunga cengkih
2labu sedang bawang
4ulas bawang putih
2.5 cm halia
4cawan air
250 gm ubi kentang (dipotong dadu)
Daun sup yang dicincang
Cara-Cara:-
1.Kisar lumat bawang besar, bawang putih, halia dan rempah sup.
2.Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih.
3.Masukkan bahan kisar, tumis hingga naik bau.
4.Masukkan ketulan ayam dan gaul beberapa ketika.
5.Masukkan air dan kentang. Tunggu hingga air sup mendidih.
6.Masukkan garam dan ajinomoto mengikut rasa masing2.
7.Taburkan daun sup sebelum dihidangkan. Selamat mencuba
SAMBAL KICAP
Bahan-bahan:-
20biji cili padi
1ulas bawang putih
Kicap manis
Sedikit gula
Cara-cara:-
1.Campurkan semua bahan kedalam blender dan blender hingga lumat. (sukatan kicap mengikut selera masing2. Kalau suke pedas, kurangkan kicap, kalau tak lebihkan kicap supaya xpedas sangat)
SAWI + CENDAWAN
oleh kerana sampai rumah tadi da pon agak lewat, so makan malam ni memang bantai resepi yang simple dan cepat disediakan. Udang tadi da disteam, so sayur ni campak-campak je la aper yang ader dalam peti ais tuh.
Bahan-bahan:-
1ikat sawi
1peket cendawan tiram
1biji capsicum merah
1biji bawang besar-dimayang halus
1biji bawang putih-dimayang halus
1sudu kecil sos tiram
Garam & Ajinimoto secukup rasa
Cara-Cara:-
1.Tumis bawang merah, bawang putih, capsicum bersama minyak.
2.Masukkan sawi, goreng hingga sedikit layu.
3.Masukkan cendawan, goreng hingga layu.
4.Masukkan sos tiram, garam dan ajinomoto.
5.Masukkan capsicum dan goreng untuk beberapa ketika.
6.Siap untuk dihidangkan.
UDANG STEAM PATTAYA
balik dari Manjung haritu kitaorang berenti makan kat Restoran Tepi Sungai, Hutan Melintang. Ternampak satu menu baru, UDANG STEAM PATTAYA. Kitaorang pon orderla. Memang sedap sangat-sangatttttt la....Balik rumah dah terfikir satu hari nanti nak cuba buat sendiri. So dalam dok terfikir nak masak lauk aper harini, teringat balik udang arituh. Selamat mencuba
Bahan-bahan:-
20ekor udang
3biji telor ayam
1cawan air
Secubit garam
Cara-Cara:-
1.Pecahkan telur ayam dan campurkan dengan secawan air.
2.Masukkan garam dan gaul sebati.
3.Masukkan udang dan susun supaya nampak cantik.
4.Masukkan dalam pengukus. Kukus dengan api yang sangat pelahan hingga telur masak (Tips: selitkan chopstik/sudu pada tutup pengukus supaya terbuka sedikit untuk mengelakkan pernukaan telur menjadi berlubang2)
5.Siap dihidang dan selamat mencuba...
KACANG PANJANG & UDANG
Lepas masak ikan siakap tu, saya gandingkan dengan sayur kacang panjang digoreng simple sahaja. Cuma Yana tambahkan udang supaya nampak menarik sikit dan taklah nampak simple sangatkan. Selamat mencuba
Bahan-Bahan:-
15batang kacang panjang
1ulas bawang besar-dimayang
2ulas bawang putih-dimayang
1batang cili merah
10ekor udang sederhana dibuang kulit
1sudu kecil sos tiram
Sedikit garam dan ajinomoto
Cara-Cara:-
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili merah.
2. Masukkan sos tiram, garam dan ajinomoto.
3. Masukkan udang dan goreng untuk beberapa ketika.
4. Masukkan sayur dan tambahkan sedikit air, tunggu sehingga sayur masak.
5. Siap untuk dihidangkan.
SIAKAP KUKUS ALA THAI
Ikan siakap ni hasil tangkapan abang lepas memancing dengan Ijad minggu lepas. Ekor dah dimasak, masih tinggal kepala. Sebab nak masak yang senang-senang ajer, Yana terasa cam kukus jer ikan siakap ni, cuma lain sikit la style kukus harini sebab da selalu sangat buat yang simple steam tuh. Sebelum masak, korek idea dari internet dulu la.....
Sumber Asal:Mesra.net
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap
Bahan-Bahan Sos Thai:
1btg serai
Bawang putih
Bawah besar
Cili padi
Daun sup
1 cawan sos cili thai
Cara2:
1.Campurkan semua bahan sos sehingga sebati.
2.Lumurkan pada ikan siakap.
3.Bungkuskan ikan kedalam aluminium foil.
4.Masukkan kedalam pengukus dan kukus selama 20-30 minit.
Cadangan Hidangan:
Hidang bersama nasi untuk makan malam atau tenghari
Tambahan:
Garam biasanya tidak perlu di gunakan kerana sos cili biasanya sudah masin.
Subscribe to:
Posts (Atom)