Sunday, January 31, 2010

SAMBAL SARDIN & PAK CHOY


SAMBAL SARDIN
Bahan-bahan:-
1tin sardin cap MARINA
1biji bawang besar
2biji bawang putih
10tangkai cili kering
3tangkai cili padi
1/2inci halia
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara:-
1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, cili padi dan halia.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar hingga naik bau.
3. Bila dah agak-agak garing, tunagkan sardin kedalam kuali.
4. Tambah garam dan serbuk perasa.

PAK CHOY & TAUFU


Bahan-bahan:-
2ikat pak choy
4batang tauhu lembut
1biji bawang besar (dimayang)
1biji bawang putih (dimayang)
1sudu sos tiram
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara:-
1. Potong setiap batang tauhu lembut kepada 5bahagian
2. Goreng tauhu dalam minyak panas untuk beberapa minit, sehingga warna kulitnya menjadi sedikit coklat.
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan garam, perasa dan sos tiram.
4. Masukkan sayur pak choy dan tambahkan sedikit sahaja air untuk menumis.
5. Setelah sayur layu, campurkan tauhu lembut kedalam sayur. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

TELUR ITIK & SAYUR BENDI



Bahan-bahan:-
1peket santan kelapa + 1cawan air
2ulas bawang merah
3ulas bawang putih
12 biji cili padi
1keping asam keping
1batang serai (dititik)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
4biji telur itik

Cara-cara:-
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi.
2. Panaskan minyak dan tumiskan serai kemudian masukkan bahan yang telah dikisar.
3. Campurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau.
4. Bila santan dah mendidih, pecahkan telur itik satu persatu.
5. Kacau untuk beberapa ketika hingga masak dan siap utk dihidangkan.

SAYUR BENDI


Bahan-bahan:-
10biji bendi dipotong serong
6ketul seafood stick dipotong serong
3biji cili merah
2ulas bawang putih
1biji bawang besar
6ekor ikan bilis sederhana
1biji tomato (dibelah 6)
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara:-
1.Kisar bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili merah.
2.Seafood stick dipotong kecil-kecil/serong dan goreng sehingga agak-agak masak. Angkat dan ketepikan.
3.Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis untuk beberapa ketika. Masukkan bendi, seafood stick dan tomato. Campurkan sedikit air untuk hilangkan lendir bendi.
4.Tunggu hingga kuah agak-agak kering/menyerap.
5.Siap untuk dihidangkan dan selamat mencuba.

SAYUR LEMAK TAUGEH & SAMBAL AYAM


Aleya paling suke makan sayur lemak, papa pulak paling suka masakan bersambal.....2-2 ni bagi Yana memang sesuaila kalau dipadankan untuk jadi hidangan....hehehe...so, lauk untuk arini iyelah.sayur lemak taugeh dicampurkan sikit dengan sawi. Yana kalau masak suke kalau ade variasi warna...yela, taugeh ngan kuah lemak tu kan kalernyer da putih, kalau camporkan ngan sawi ader la warna2 hijau sikit gitu....

Bahan-Bahan:-
Taugeh
Sawi
1/2 bawang besar(dimayang)
1 ulas bawang putih(dimayang)
1/2 paket santan
Garam & Perasa

Cara-cara:-
1. Bancuh santan dengan air.
2.Masukkan ke dalam periuk.
3.Masukkan bawang putih dan bawang besar.
4.Bila dah mendidih masukkan taugeh dan sawi. Masukkan garam dan perasa.
5.Bila taugeh dah layu, tutup api. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba

SAMBAL AYAM



Bahan-bahan:-
1/2ekor ayam - dipotong ikut suka
5biji bawang merah
3ulas bawang putih
1/2inci halia
1batang serai
2biji buah keras
1/2inci kunyit hidup
10-15 tangkai cili kering (dididih bersama air dahulu)
1keping asam keping
Garam dan serbuk perasa
3sudu sos tiram
Minyak masak

Cara-cara:-
1.Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan buah keras.
2.Panaskan minyak dalam kuali, pastikan minyak betul-betul panas, kemudian gorengkan ayam yang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
3.Tumis bahan2 kisar. Tumis hingga pecah minyak. Biar mendidih.
4.Masukkan sos tiram, garam dan serbuk perasa.
5.Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Dah cukup rasa, boleh padamkan api.
6.Sedia dihidangkan...! Selamat mencuba!

Thursday, January 28, 2010

TELUR BISTIK



sesakali sekala tu memang selera ni macam nk makan kat kedai, tp masalahnyer kalau anak kecik2 ni susah tol kalau nk pergi kedai. bukan aper, teringin sangat nk makan telur bistik, jadinyer kenalah belajar wat sendiri. So, sebelom start masak, kene la korek resepi dari internet dulu...hehehe...macam biase la...so, inilah hasilnya yerk. tp oleh kerana terbanyak sgt kuah tu, da tak nampak da telur nyer kat ner....hehehehe

Sumber:-wafaalatiff

Bahan-bahan:-
3biji telur (size sederhana) - bancuh
Daging/Ayam cincang secukupnya
1ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih - tumbuk/mayang halus
3sudu sos tomato
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1/2 biji tomato - potong dadu kecil-kecil
Mixed vege (jika tiada, boleh ganti dgn bunga kobis, carrot, apa2 yang sesuai)
Gula dan garam

Cara-cara:-
1.Bancuh telur dengan daging/ayam kisar dan tomato yang dipotong dadu. Tambah perasa dengan sedikit garam/gula. Goreng macam telur dadar.
2.Untuk kuah, tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3.Masukkan semua bahan sos dan sayur. Perasakan dengan bahan perasa (gula, garam)
4.Tuangkan kuah di atas telur yang digoreng tadi. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba.

KAILAN IKAN MASIN



kalau bab masak taruk ikan masin ni mmg peberet orang2 kat umah ni la....kali ni pon masak sayur yang sangat senang....

Bahan-Bahan:
600gm kailan
3ulas bawang merah(dimayang)
3ulas bawang putih(dimayang)
Sepotong isi ikan kurau masin (digoreng & dipotong kecil)
3sudu besar sos tiram
Garam
Serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1.Potong kailan mengikut cita rasa dan bersihkan.
2.Panaskan dua sudu besar minyak dan tumiskan bawang sehingga garing.
3.Masukkan isi ikan kurau.
4.Akhir sekali masukkan sayur kailan dan biarkan sehingga ia masak.
5.Hidangkan semasa panas...selamat mencuba

PARK CHOY + CENDAWAN



kalau masak sayur ni memang la senang sangat. Korek je bahan ape yang ader kat dalam peti sejuk tu, pastu goreng, pastu makan....hehehehe

Bahan-bahan:-
3ikat baby park choy
1peket cendawan tiram
1ulas bawang besar-dimayang
2ulas bawang putih-dimayang
1sudu Sos tiram
Sedikit air
Garam & ajinomoto secukup rasa

Cara-Cara:-
1.Tumiskan bawang merah dan bawang putih bersama minyak panas.
2.Tuangkan sos tiram, campurkan garam dan ajinomoto.
3.Masukkan sayur dan cendawan. Tuangkan sedikit air untuk mendapat kuah. Tunggu hingga mendidih.
4.Siap untuk dihidangkan dan selamat mencuba.

Wednesday, January 27, 2010

UDANG SWEAT & SOUR



Bahan-bahan:-
500gram udang (dibuang kulit)
15batang Cili merah
2ulas bawang putih - diketuk
Cili Capsicum
3sudu Cili Boh
1sudu sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:-
1.Kisar cili merah hingga lumat.
2.Tumis bawang putih ketuk kedalam minyak masak. Masukkan cili kisar.Tumis hingga terbit minyak.
3.Masukkan udang dan gaul. Tunggu sehingga masak.
4.Masukkan capsicum, sos tiram, garam dan gula.
5.Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba